FEKAH HALAL & HARAM DALAM KEHIDUPAN (Siri 10)
Fekah Buli
"Saya tak nak dia bekerja di pejabat awak. Awak kena pindahkan dia keluar secepat mungkin," seorang bos besar bersuara.
"Kenapa tuan?" tanya pegawai tertinggi di agensi tersebut tapi hanya sekadar soalan dalam hati sahaja. Tak berani nak luahkan soalan sebenar di lisan. Cari nahas.
"Saya tahu ada prosedur nak kena ikut tetapi saya tak boleh tunggu. Besok juga awak kena selesai," ujar bos besar lagi.
Pegawai tertinggi mengaru kepalanya beberapa kali. Dia sempat melihat kepada Ketua Jabatan Pengurusan Manusia. Mata mereka bertaut rapat. Berbicara senyap.
"Macamana ni?" hati masing2 memberontak.
"Memang boleh tukar pegawai bawahan tetapi tak bokeh tukar ikut suka hati. Nanti hilang respect di kalangan semua warga kerja. Bos ada amanah dan juga etika yang kena jaga. Bukan boleh belasah saja macam undang2 rimba," masing2 bergumam dalam hati. Tertekan. Ini bukan kali pertama arahan sebegini dibuat.
Bos besar melihat tepat ke sepasang mata pegawai tertinggi agensi di bawah kawalannya ini.
"Kalau tak boleh buat, nanti saya akan minta orang lain buatkan. Kalau ini berlaku, mungkin lebih seorang akan ditukar besok," bos besar masih melepaskan kata2 arahannya.
Pegawai tertinggi balik ke pejabatnya. Masam muka. Dia terus memangil ketua HR buat surat permindahan kepada salah seorang pekerjanya seperti yang diminta oleh VIP.
"Apa alasan nak dicatit dalam surat?" tanya ketua HR.
"Bagi mendapat pengalaman baru di tempat baru," jawab pegawai tertinggi.
"Tapi kenapa tergesa-gesa Tuan?" tanya ketua HR lagi.
"Ini kuasa preregotif saya sebagai No 1," jawab pegawai tertinggi. Hujah ikat mati.
Anda pernah dengar cerita macam ni? Ini sebahagian contoh buli di tempat kerja. Tengok saja laporan HR di Malaysia dan dunia....pelbagai bentuk buli boleh berlaku di tempat kerja. Saya pun pernah kena buli waktu muda2 dulu. Buli memang satu penyakit kronik. Pembuli ada sakit minda yang kronik.
Apa hukum fekah tentang buli? Mungkin ulamak belum lagi membuat kajian & ijtihad.
Bila saya sudah lama dalam kerjaya, saya dapat satu lagi insight baru. Buli ada muslihat lebih besar. Nanti saya cerita.
#fekahhalalharam
MDB